Rabu, 31 Julai 2013

Jelajah Ramadan RTM

Jelajah Ramadan RTM 2013 yang telah bermula sejak 9 Julai lalu telah memilih Bagan Serai sebagai destinasi persinggahan mereka bagi negeri Perak. Majlis ini telah dijalankan oleh RTM dengan kerjasama ADUN Alor Pongsu. Dalam majlis ini, RTM telah menyampaikan sumbangan cenderamata dan surah Yasin kepada penduduk setempat. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Dr. Azmi dan Pegawai Daerah yang mewakili ADUN Alor Pongsu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan