Wakil Rakyat N10

YB DATO' SHAM BIN MAT SAHAT


Negeri: 
PERAK
Parlimen: 
BAGAN SERAI
Parti: 
BN - UMNO
Kod Parlimen: 
P058
Kod Dun: 
N10
Nama Dun: 
ALOR PONGSU

Anak jati Bagan Serai ini telah dilahirkan pada tanggal 4 Februari 1961 di Batu 3, Parit Jawa, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. YB Dato’ Sham Bin Mat Sahat kini berusia 52 tahun, telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. 

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Alor Pongsu ini menganggap melawat kawasan sebagai hobi beliau, dan setiap kali ada kelapangan beliau juga suka meluangkan masa bersama sahabat rapat beliau Encik Zaini Bin Cha untuk makan bersama serta berbual-bual tentang isu-isu semasa. Beliau memilih untuk ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah sekiranya diberikan peluang bercuti selama sebulan. 

YB Dato’ Sham Bin Mat Sahat juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan dunia komunikasi dan ICT. Beliau mengakui kepentingan internet sebagai landasan yang mudah dan pantas bagi penyampaian dan penerimaan berita. Ia juga memberikan peluang kepada diri beliau untuk berkenalan dengan rakyat serta bertukar pandangan. Atas sebab ini, beliau amat menyukai laman web media sosial Facebook, dan beliau menggunakan sebaiknya kesempatan ini untuk berinteraksi bersama masyarakat. 

Apabila ditanya tentang perkara yang paling diingati tentang isteri, beliau menjawab beliau tidak akan lupa kepada kasih sayang, sokongan serta dorongan yang diberikan oleh isteri beliau selama ini.