Rabu, 31 Julai 2013

Sekitar Pusat Khidmat ADUN N10

1. Mengemaskini surat-surat pejabat mengikut nombor rujukan.


2. Membalas kad raya YB Dato.

3. Membantu penyerahan kotak YBU kepada penerima terpilih.

Jelajah Ramadan RTM

Jelajah Ramadan RTM 2013 yang telah bermula sejak 9 Julai lalu telah memilih Bagan Serai sebagai destinasi persinggahan mereka bagi negeri Perak. Majlis ini telah dijalankan oleh RTM dengan kerjasama ADUN Alor Pongsu. Dalam majlis ini, RTM telah menyampaikan sumbangan cenderamata dan surah Yasin kepada penduduk setempat. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Dr. Azmi dan Pegawai Daerah yang mewakili ADUN Alor Pongsu.









Jamuan Moreh YB di Masjid Sg. Bogak

Rabu, 24 Julai 2013

YB Dato' Sham @ Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sg. Semambu

     


Hari Bertemu Pelanggan, 23 Julai 2013

Meskipun YB tiada semasa Hari Bertemu Pelanggan pada minggu ini kerana ada urusan rasmi, masyarakat setempat tetap ramai mengunjungi Pusat Khidmat bagi menyampaikan permasalahan mereka. Wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membuka kaunternya bagi membantu masalah-masalah yang berkaitan. Pada sebelah petang, YB berkesempatan menyerahkan sumbangan komputer riba kepada seorang penuntut IPT di pejabatnya.




Selasa, 23 Julai 2013

YB Dato' Sham Berbuka Puasa di Surau Matang Tengah

Majlis Berbuka Puasa YB Dato' Sham di Surau Matang Tengah pada petang semalam dimulakan dengan bacaan tahlil terlebih dahulu. Apabila masuknya waktu berbuka puasa, YB telah bersama-sama dengan jemaah surau menjamu selera dan seterusnya menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sebelum pulang, YB berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat setempat di situ.