Jumaat, 30 Ogos 2013

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak ke-13

Pada 26 - 30 Ogos 2013, saya telah terlibat sebagai pemerhati dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak ke-13. Istiadat pembukaannya telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak pada hari pertama.

 Sepanjang persidangan DUN selama 4 hari ini, saya telah ditugaskan untuk membekalkan maklumat kepada YB ADUN, mencatat maklumat berkenan YB, membantu menyediakan teks ucapan perbahasan YB dan menyebarkan berita sepanjang persidangan ke page Pusat Khidmat ADUN.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Rabu, 21 Ogos 2013

Sekitar Pusat Khidmat ADUN N10

Tugasan saya pada hari ini ialah :-
1. Membuat senarai pemohon Kursus TWL Parlimen Bagan Serai.
2. Membuat hebahan Kursus TWL di media sosial dengan kerjasama Pusat Kerjaya Amanjaya.
3. Membuat semakan senarai penerima bantuan Tabung Pendidikan Yayasan Perak.