Pada 16 Julai 2013 bersamaan 7 Ramadan 1434H, satu Majlis Perasmian Masjid Kg. Kubu Gajah di Semanggol, Perak telah diadakan. DYMM Pemangku Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan untuk berangkat untuk menyempurnakan majlis tersebut dan berbuka puasa serta solat terawih bersama rakyat jelata di kampung tersebut. Majlis tersebut bermula dengan ketibaan Dif-dif Jemputan, YAB Menteri Besar Perak dan diikuti dengan keberangkatan tiba DYMM Raja Dr. Nazrin. Dalam majlis tersebut, Tuanku telah berkenan untuk menanam pokok dan merasmikan Masjid Kg. Kubu Gajah. Selain itu, Tuanku turut menyampaikan bantuan Baitulmal kepada Penghulu-penghulu Daerah Kerian. Sebaik sahaja selesai berbuka puasa, DYMM Tuanku bersama pemimpin negeri dan rakyat telah menunaikan solat berjemaah bagi Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih.
YAB Menteri Besar beramah mesra bersama pemimpin-pemimpin negeri termasuklah YB Dato' Sham.
Ketibaan DYMM Raja Dr.Nazrin Shah.
YB Dato' Sham bersalaman dengan DYMM Tuanku.
DYMM Tuanku menyempurnakan upacara menanam pokok.
YB Dat' Sham bersama dif-dif jemputan menanti waktu berbuka puasa.
Plak Perasmian Masjid Kg. Kubu Gajah.
DYMM Tuanku beramah mesra dengan pemimpin negeri dan setempat.
DYMM Tuanku juga sempat bergambar bersama pemimpin negeri, setempat dan rakyat jelata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan