Jumaat, 30 Ogos 2013

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak ke-13

Pada 26 - 30 Ogos 2013, saya telah terlibat sebagai pemerhati dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak ke-13. Istiadat pembukaannya telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak pada hari pertama.

 Sepanjang persidangan DUN selama 4 hari ini, saya telah ditugaskan untuk membekalkan maklumat kepada YB ADUN, mencatat maklumat berkenan YB, membantu menyediakan teks ucapan perbahasan YB dan menyebarkan berita sepanjang persidangan ke page Pusat Khidmat ADUN.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Rabu, 21 Ogos 2013

Sekitar Pusat Khidmat ADUN N10

Tugasan saya pada hari ini ialah :-
1. Membuat senarai pemohon Kursus TWL Parlimen Bagan Serai.
2. Membuat hebahan Kursus TWL di media sosial dengan kerjasama Pusat Kerjaya Amanjaya.
3. Membuat semakan senarai penerima bantuan Tabung Pendidikan Yayasan Perak.


Selasa, 20 Ogos 2013

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2013

Ketibaan Jemputan VIP & Nyayian Lagu Negaraku.

Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Saraani yang mewakili YAB Menteri Besar.


Laungan merdeka sebanyak 7 kali.


Pelancaran Gimik Perasmian Majlis Kibar Jalur Gemilang.

Nyayian lagu patriotik.

Jamuan makan & Aidilfiri Perdana Peringkat Daerah Kerian.

Isnin, 19 Ogos 2013

Sekitar Pusat Khidmat ADUN N10

Tugasan saya pada hari ini ialah :-
1. Melakukan soal selidik berdasarkan borang yang saya sediakan.
2. Menjawab dan membuat panggilan.
3. Menyelesaikan tuntutan cek dermasiswa Yayasan Perak.
4. Menerima aduan mengenai status permohonan dermasiswa Yayasan Perak.
5. Menghubungi beberapa pemohon untuk urusan LO.
6. Mendengar taklimat kebakaran di pejabat.




Jumaat, 16 Ogos 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2013

Selain melakukan tugas-tugas biasa di Pusat Khidmat, saya telah diarahkan bagi mewakili YB Dato' untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Negeri Perak 2013. Mesyuarat tersebut diadakan di Pejabat Daerah Kerian, Parit Buntar pada sebelah petang. Ia membincangkan persediaan dan perjalanan program tersebut yang akan diadakan sekali dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Perdana.



Rabu, 14 Ogos 2013

Sekitar Pusat ADUN N10


Tugasan saya pada hari ini ialah :-
1. Menghubungi semula penerima cek dermasiswa Yayasan Perak yang belum datang menuntutnya.
2. Mengikuti YB Dato' menghadiri majlis perkahwinan di Alor Pongsu.
3. Mengemaskini pages Facebook Pusat Khidmat.
4. Tugas-tugas perkeranian yang lain. 

Ahad, 11 Ogos 2013

Rumah Terbuka YB Dato' Sham

Pada Hari Raya Adilfitri yang kedua, satu Majlis Rumah Terbuka telah dilakukan oleh YB Dato' Sham di kediamannya di Parit Jawa, Bagan Serai. Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 6.00 petang. Pelbagai juadah disediakan kepada pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat.




Selasa, 6 Ogos 2013

Sekitar Pusat Khidmat DUN N10

1. Melakukan kajian penyelidikan mengenai cadangan perbandaran Alor Pongsu.

2. Hari Bertemu Pelanggan YB Dato' Sham di Pusat Khidmat.


Isnin, 5 Ogos 2013

Sekitar Pusat Khidmat ADUN N10

1. Menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Raya DUN Alor Pongsu 2013 di Sungai Bogak, Bagan Serai.

2. Memuatnaik poster Raya YB Dato' Sham di media sosial.

3. Mengendalikan urusan penyerahan cek Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak Yayasan Perak 2013.


Sumbangan Bantuan Raya 2013 DUN Alor Pongsu

Majlis penyampaian sumbangan bantuan Raya 2013 DUN Alor Pongsu ini telah diadakan di Sungai Bogak, Bagan Serai pada pagi ini. Ia telah disempurnakan oleh YB Dr. Azmi, Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Dato' Sham, ADUN Alor Pongsu dan Dato' Zaili, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai. Bantuan ini telah diberikan kepada anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan warga miskin di dun ini.






Khamis, 1 Ogos 2013

Sekitar Pusat Khidmat ADUN N10

1. Membalas kad-kad raya yang diterima oleh YB Dato'.

2. Menghiasi Pusat Khidmat ADUN sempena Aidilfitri.

3. Menyediakan borang-borang permohonan Kursus Kimpalan Untuk Lepasan SPM.